hurm....nk kongsi ngan korg ckit ni~......
ade sorg laki yg bertuah ni~ dia mimpi arwah yasmin j hunwick(besssssttttnya!!!!!!)......
harap2 korang amek pengajaran dari cta ni~.......
Assalamualaikum sahabat. Again bersama dengan Syimir Yunusi di Ashabul Yameen yang tak seberapa ni. Tengok tajuk pon dah agak apa yang nak aku ceritakan kan? Tak payah teka-teka macam selalu dah. Aku tak suruh teka pon. Yasmin kembali bermain-main dalam fikiran sejak semalam. Sebelum ni, aku sedikit melupakan Yasmin sebab terlalu sibuk dengan final exam.
Tak tau kenapa semalam tiba-tiba aku boleh berjumpa Yasmin di alam separuh sedar kita. Ada cerita yang menarik yang aku nak kongsi dalam mimpi kali ni. Kali ni amat berbeza dengan mimpi sebelum-sebelum ni. Aku mimpi nampak sorang pempuan dalam satu bilik yang amat luas tadak sempadan. Aku tak nampak langsung dinding yang memisahkan bilik tu.
Nak jadi cerita, aku masuk laa dalam ruangan bilik tu. Aku nampak perempuan tu dok seronok membelek hadiah-hadiah dia. Hadiah dia banyak. Penuh ruangan tempat dia berada tu. Macam-macam jenis hadiah. Besaq, kecik, sederhana, bungkusan cantik, sederhana dan tak cantik pon ada. Aku pon tegoq laa si pemilik hadiah tu. Yang surprisenya, pemilik itu adalah
Yasmin Johan, puteri kesayangan Aunty Sazlina dan Uncle Johan. Sepanjang mimpi tu, aku langsung tak bercakap dengan dia. Aku just perhatikan dia membelek hadiah-hadiah dia. Bahagianya dia. Aku suka senyuman dia. Still terbayang lagi barisan gigi dia yang hepi sebab dapat banyak hadiah tu. Kali ni senyuman tanpa braces :) Serius, cantik sungguh dia semalam.
Tiba-tiba, aku ditarik keluaq dari bilik tu oleh sapa pon aku tak tau. Tiba-tiba jaa aku disentap keluaq dan aku terjaga. Perghh, mimpi tu sat jaa. Tapi duration aku tidoq tu lebih dari apa yang selalu tidoq. Lama kot. Sampai benda wajib pon tertinggai.
Sebaek saja aku terbangun, aku terus pening dan hati aku kembali mengingati arwah Yasmin. Pening tu maybe sebab tidoq terlalu lama. Macam yang aku kata tadi, fenomena Yasmin mula berkurangan dalam diri aku. Aku dah tak macam mula-mula kenai dia dulu. Tiap-tiap malam wajib tengok blog dia sebelum tidoq. Tapi laa ni kan tengah busy nak study final exam. So, aku jarang laa menjadikan blog dia sebagai perkara terakhir aku buat sebelum tidoq sebab buku-buku dok teman laa ni. Walaupon macam tu, doa untuk dia dan saudara-saudara muslim yang dah tak bersama kita tetap jadi rutin aku.
she's beautiful more than this one~
Kebetulan pulak mimpi aku semalam jatuh pada bulan ke-empat Yasmin J Hunwick pi meninggalkan kita dan keluarganya yang tersayang. Aku yakin dan pasti keluarga arwah dah dapat menerimanya dengan penuh redha. Aku dah berjaya menghubungi mama arwah melalui FB dan telefon. Daripada apa yang aku selalu ceritakan dengan aunty Sazlina, aku dapat rasakan yang semangatnya dan keluarga memang kuat. Aku dapat rasai kehilangan tu dan aku sedaq bukan senang untuk kita terima sesuatu kehilangan, tambah-tambah kehilangan insan yang paling kita sayang.
Minggu lepas, aku ada tengok cerita kat TV3, Kerana Dia Anakku. Dari situ aku lebih paham situasi yang menimpa keluarga arwah Yasmin. Dan aku rasa aku juga sebahagian dari keluarga tu walaupon arwah tak pernah kenal pon aku. Bagi sapa-sapa yang still bersangka buruk atas kejadian yang menimpa arwah, aku harap buang laa sentimen tu.
Time arwah eksiden tu, aku still cuti sem. Adik aku pulak kebetulan ada di Langkawi masa tu, dia pi bercuti dengan kawan-kawan dia. Ramai yang bercakap tanpa fakta. Apa-apa pon, Yasmin dah selamat dan aman dalam jagaan Kekasihnya di sana. Cukuplah segala pahit dan perit yang dah keluarga arwah tanggung setelah pemergiannya. Bak kata pepatah, jika kita tak mampu menjadi pensel untuk mencoretkan kebahagiaan orang laen, sekurang-kurangnya jadilah pemadam yang membantu mengurangkan kesedihan mereka.
Sedaq tak sedaq, beberapa impian tersimpan dalam diri arwah telah berjaya dilaksanakan walaupun arwah sendiri tak sempat nak menikmatinya. Seluruh Malaysia kini mengenali siapa Yasmin J Hunwick. Bagi sapa-sapa yang selalu mengunjungi blog arwah, maybe akan perasan satu entry di mana arwah ingin dikenali oleh semua orang. Allah dah pon memakbulkan impiannya.
Tugas kita ialah mendoakan kesejahteraan arwah dan rakan-rakan yang terlibat dalam kemalangan itu. Stop talking bout something we dont know. Seek the truth first. Dari penulisan arwah di blog, arwah memang seorang anak yang disenangi, kakak yang disayangi dan rakan yang dihormati. No wonder laa kalau ramai yang akan selalu ingat arwah termasuk laa aku yang tak pernah pon jumpa dia. Penulisannya seolah-olah menggambarkan realiti sebenaq hidup dia. Seolah-olah dia masih berada bersama kita.
Insya Allah Min, satu hari nanti saya akan melawat awak di rumah baru awak. Saya akan bawa hadiah yang banyak untuk awak. Semoga awak lebih ceria berbanding apa yang saya tengok semalam. Saya tau dah banyak hadiah awak tapi saya akan tetap bagi hadiah selama mana saya masih ingat tiga patah perkataan yang banyak menyedarkan saya dan selalu mengingatkan saya kat awak. Perkataan tu adalah Yasmin Johan Hunwick. Nama awak.
Awak beruntung sebab nanti awak akan dibangkitkan sebagai bidadari syurga. Kalau awak nak tau, nanti Allah akan jadikan bidadari syurga tu semua berumur 17 tahun. Umur awak. Saya dapat tau ni pon sebab saya selalu dengaq ceramah Ustaz Azhar Idrus. Ustaz yang awak selalu dengaq jugak kan? Saya tau laa. Saya selalu cari info pasai awak. Saya nak sangat kenai awak tapi saya dah terlambat. Takpa, saya akan doa semoga saya dapat kenal awak kat sana.
antara status ustaz yang mendapat perhatian awak kan?
Semoga awak bahagia di sana di samping Allah Yang Maha Esa yang akan memelihara awak, menjaga awak, menyayangi awak lebih daripada apa yang awak dapat di dunia. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun dan Pemurah. Kami di sini akan terus dan sentiasa menitipkan doa untuk awak dan semua yang dah pergi bersama sebelum dan selepas awak. Akhir kata, Al-fatihah untuk awak.
"i'm not fake.Hunwick is just my family's name.I was born with music inside me.A daughter, A lady, A pianist, An Ordinary. Single doesn't mean available"
-Yasmin J Hunwick-