Wednesday, 9 January 2013

Seseorg mimpi Yasmin J Hunwick!!

hurm....nk kongsi ngan korg ckit ni~......
ade sorg laki yg bertuah ni~ dia mimpi arwah yasmin j hunwick(besssssttttnya!!!!!!)......
harap2 korang amek pengajaran dari cta ni~.......


Assalamualaikum sahabat. Again bersama dengan Syimir Yunusi di Ashabul Yameen yang tak seberapa ni. Tengok tajuk pon dah agak apa yang nak aku ceritakan kan? Tak payah teka-teka macam selalu dah. Aku tak suruh teka pon. Yasmin kembali bermain-main dalam fikiran sejak semalam. Sebelum ni, aku sedikit melupakan Yasmin sebab terlalu sibuk dengan final exam. 

Tak tau kenapa semalam tiba-tiba aku boleh berjumpa Yasmin di alam separuh sedar kita. Ada cerita yang menarik yang aku nak kongsi dalam mimpi kali ni. Kali ni amat berbeza dengan mimpi sebelum-sebelum ni. Aku mimpi nampak sorang pempuan dalam satu bilik yang amat luas tadak sempadan. Aku tak nampak langsung dinding yang memisahkan bilik tu. 

Nak jadi cerita, aku masuk laa dalam ruangan bilik tu. Aku nampak perempuan tu dok seronok membelek hadiah-hadiah dia. Hadiah dia banyak. Penuh ruangan tempat dia berada tu. Macam-macam jenis hadiah. Besaq, kecik, sederhana, bungkusan cantik, sederhana dan tak cantik pon ada. Aku pon tegoq laa si pemilik hadiah tu. Yang surprisenya, pemilik itu adalah
Yasmin Johan, puteri kesayangan Aunty Sazlina dan Uncle Johan. Sepanjang mimpi tu, aku langsung tak bercakap dengan dia. Aku just perhatikan dia membelek hadiah-hadiah dia. Bahagianya dia. Aku suka senyuman dia. Still terbayang lagi barisan gigi dia yang hepi sebab dapat banyak hadiah tu. Kali ni senyuman tanpa braces :) Serius, cantik sungguh dia semalam.

Tiba-tiba, aku ditarik keluaq dari bilik tu oleh sapa pon aku tak tau. Tiba-tiba jaa aku disentap keluaq dan aku terjaga. Perghh, mimpi tu sat jaa. Tapi duration aku tidoq tu lebih dari apa yang selalu tidoq. Lama kot. Sampai benda wajib pon tertinggai. 

Sebaek saja aku terbangun, aku terus pening dan hati aku kembali mengingati arwah Yasmin. Pening tu maybe sebab tidoq terlalu lama. Macam yang aku kata tadi, fenomena Yasmin mula berkurangan dalam diri aku. Aku dah tak macam mula-mula kenai dia dulu. Tiap-tiap malam wajib tengok blog dia sebelum tidoq. Tapi laa ni kan tengah busy nak study final exam. So, aku jarang laa menjadikan blog dia sebagai perkara terakhir aku buat sebelum tidoq sebab buku-buku dok teman laa ni. Walaupon macam tu, doa untuk dia dan saudara-saudara muslim yang dah tak bersama kita tetap jadi rutin aku.

she's beautiful more than this one~

Kebetulan pulak mimpi aku semalam jatuh pada bulan ke-empat Yasmin J Hunwick pi meninggalkan kita dan keluarganya yang tersayang. Aku yakin dan pasti keluarga arwah dah dapat menerimanya dengan penuh redha. Aku dah berjaya menghubungi mama arwah melalui FB dan telefon. Daripada apa yang aku selalu ceritakan dengan aunty Sazlina, aku dapat rasakan yang semangatnya dan keluarga memang kuat. Aku dapat rasai kehilangan tu dan aku sedaq bukan senang untuk kita terima sesuatu kehilangan, tambah-tambah kehilangan insan yang paling kita sayang.

Minggu lepas, aku ada tengok cerita kat TV3, Kerana Dia Anakku. Dari situ aku lebih paham situasi yang menimpa keluarga arwah Yasmin. Dan aku rasa aku juga sebahagian dari keluarga tu walaupon arwah tak pernah kenal pon aku. Bagi sapa-sapa yang still bersangka buruk atas kejadian yang menimpa arwah, aku harap buang laa sentimen tu.


Time arwah eksiden tu, aku still cuti sem. Adik aku pulak kebetulan ada di Langkawi masa tu, dia pi bercuti dengan kawan-kawan dia. Ramai yang bercakap tanpa fakta. Apa-apa pon, Yasmin dah selamat dan aman dalam jagaan Kekasihnya di sana. Cukuplah segala pahit dan perit yang dah keluarga arwah tanggung setelah pemergiannya. Bak kata pepatah, jika kita tak mampu menjadi pensel untuk mencoretkan kebahagiaan orang laen, sekurang-kurangnya jadilah pemadam yang membantu mengurangkan kesedihan mereka.

Sedaq tak sedaq, beberapa impian tersimpan dalam diri arwah telah berjaya dilaksanakan walaupun arwah sendiri tak sempat nak menikmatinya. Seluruh Malaysia kini mengenali siapa Yasmin J Hunwick. Bagi sapa-sapa yang selalu mengunjungi blog arwah, maybe akan perasan satu entry di mana arwah ingin dikenali oleh semua orang. Allah dah pon memakbulkan impiannya.

Tugas kita ialah mendoakan kesejahteraan arwah dan rakan-rakan yang terlibat dalam kemalangan itu. Stop talking bout something we dont know. Seek the truth first. Dari penulisan arwah di blog, arwah memang seorang anak yang disenangi, kakak yang disayangi dan rakan yang dihormati. No wonder laa kalau ramai yang akan selalu ingat arwah termasuk laa aku yang tak pernah pon jumpa dia. Penulisannya seolah-olah menggambarkan realiti sebenaq hidup dia. Seolah-olah dia masih berada bersama kita.

Insya Allah Min, satu hari nanti saya akan melawat awak di rumah baru awak. Saya akan bawa hadiah yang banyak untuk awak. Semoga awak lebih ceria berbanding apa yang saya tengok semalam. Saya tau dah banyak hadiah awak tapi saya akan tetap bagi hadiah selama mana saya masih ingat tiga patah perkataan yang banyak menyedarkan saya dan selalu mengingatkan saya kat awak. Perkataan tu adalah Yasmin Johan Hunwick. Nama awak.

Awak beruntung sebab nanti awak akan dibangkitkan sebagai bidadari syurga. Kalau awak nak tau, nanti Allah akan jadikan bidadari syurga tu semua berumur 17 tahun. Umur awak. Saya dapat tau ni pon sebab saya selalu dengaq ceramah Ustaz Azhar Idrus. Ustaz yang awak selalu dengaq jugak kan? Saya tau laa. Saya selalu cari info pasai awak. Saya nak sangat kenai awak tapi saya dah terlambat. Takpa, saya akan doa semoga saya dapat kenal awak kat sana. 
antara status ustaz yang mendapat perhatian awak kan?


Semoga awak bahagia di sana di samping Allah Yang Maha Esa yang akan memelihara awak, menjaga awak, menyayangi awak lebih daripada apa yang awak dapat di dunia. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun dan Pemurah. Kami di sini akan terus dan sentiasa menitipkan doa untuk awak dan semua yang dah pergi bersama sebelum dan selepas awak. Akhir kata, Al-fatihah untuk awak.
"i'm not fake.Hunwick is just my family's name.I was born with music inside me.A daughter, A lady, A pianist, An Ordinary. Single doesn't mean available"
-Yasmin J Hunwick-















Tuesday, 8 January 2013

Yasmin J HUnwick!!!



klo nk tgk gmbr2 ni lebih besar...juz klik jeeeee........






yg ni pasal arwah mimpi ulat sbelom arwah meninggal~













Yasmin seorang gadis biasa,berparas rupa yang ayu cantik dan berjiwa musik ,macam remaja lain aktif dilaman sosial fb ,twitter ,instgram,thumblr dan juga diary nya 'blog'
menjadi 'Trending' ditwitter pada 3.6.12 membuat kan org disekelilingnya menjadi sebak termasuk org luar malah semua org seakan tidak percya ..Takdir allah kita tidak boleh idakkan memuat foto di'instgram' BEGINIKAH RASANYA 7 MALAM PERTAMA DIALAM KUBUR ' dengan kata2 yasmin 'THIS BOOK KINDA INTERESTING'
Mimpi Ngeri yang yasmin alami menjadi entry didiary tercinta nya 'her illusionist'
Semua ini seakan2 bukti yang yasmin sudah ada persiapan,
persiapan ke 'alam baru' ..meninggalkan keluarga tercinta,rakan2 yang disayangi...tetapi kasih sayang tersebut akan kekal sebati disetiap insan2 tersebut 
3.6.12 tarikh yang akan menjadi detik kehidupan yang baru buat keluarga tercinta,tanpa kekasih hati mereka 'YASMIN' 
masih ramai yang tidak tahu apa kisah yang terjadi ...





3 Jun 2012 11 am

ketika dalam penggal ke-2 cuti persekolahan,arwah yasmin ke sekolah u discussion bersama kawan2 karibnya dalam kol 11 dia dan kawannya pulang ke rumah kawan rapatnya F sebelum sampai ke rumah F,kwn rapatnya tersebut merasakan sesuatu yg x kena dgn cara arwah berjln.bila tanya npa....arwah kata x dak pa2 la......dirumah F arwah nmpk penat dan tidor nyenyak.sebelom tu dia sempat lihat gmbr mereka ber2 & dia pegang seperti raut gambar didinding dgn pndgn sayu......semasa menunggu aunty saz datang mengambilnya.......

manakala aunty saz ketika tu  tgh jumpa kwn beliau ,menyebabkn beliau x dpat ambil arwah disolah.arwah sering menumpang dirumah F jika ada tuisyen atau lewat aunty amek.sblom aunty saz amek arwah dirumah F aunty saz teman kwn skolah aunty shopping di kedai duty free di Kuah(bandar). kawan aunty minx aunty pilihkn u dia(kwn aunty) dia kata nk beli kain batik lepas 3 helai.Aunty saz pilih la u dia dan kata"senang kata ada batik lepas kat umh,kot2 la ada org meninggal
'......wat2 shopping tu dlam kol 2-3 ptg.lagipun aunty jnji amek arwah dirumah F pukul 3 ptg......

3 pm

selesai bertemu dgn rakan aunty.....

aunty bjemput arwah di rumah F & bawa arwah balik kerumah teros,masa tu beliau tgk mata arwah merah mcm baru lepas nangis.Tapi aunty x mahu tanya,bila smpai kat umh arwah teros senyap,bibik indonesia kata arwah MINUM AIR TEGUK MACAM ORG TERLALU HAUS,bibik pun heran sbb arwah x penah lak wat mcm tu~.....
selepas dia minom air,dia teros ke bilik dan bersama laptopnya~

6:30pm
arwah ada kelas piano pukul 6"30pm,dia pergi nek keta.Arwah pass lesen kereta dh bulan may(dia excited sbb pass) "dia kata buat sesuatu dia mesti boleh deliver"
Mungkin tuhan nak kasi dia satisfied before dia meninggal.Dia sempat bawa kereta ke sekolah bersama adiknya MUIZ.Tapi muiz kata,dia bawa kereta pun x berasa selesa.Ya la kan,bila nk meninggal,kaki kita jd lemah.Driving kan perlu kaki u bergerak.

Malam.....
malam tersebut pun ibu arwah serba x kena....resah sahaja...papa arwah mengemas bilik arwah,pecah gelas ditangan.....bila ditegur papanya arwah reros keluar,arwah x pernah buat mcm tu....kata org2 tua 'Ajal Dh Memanggil'

Bila arwah keluar rumah,aunty dh terbayang tmpat yg accident tu....tempat tersebut mmg byk org accident dan x prnh org survive....

jgn salah sangka arwah tidak baling gelas tersebut...arwah tersinggung alat2 mekap dia sblom dia keluar dan alat2 mekap teros jatuh berderai.Tidak tahu kenapa arwah x nk share bilik ngan Ayesha adik arwah,selalunya dia ok.....tp...hari tuuuu berlainan ckit,selama ni dia sayang sgt kat adik2 dia...

11pm
Bila arwah keluar lari dari taman rumahnya.arwah berjumpa dgn kwnnya iaitu,Arwah Nur Hazwani masa Hazwani beli burger dia taman sebelah.Arwah Hazwani hubungi kwn yg ada motor bernama Arwah Nur Ainaa Apiqah.Tujuan mereka naik motor tu u menghantar arwah ke rumah F dan tujuan mereka naik motor bertiga ialah sbb bila dh hantar arwah Yasmin,mereka balik ber2....so,x la takowt sgt.Kan dh dekat kol 12.Jalan nk kerumah F tu agak sunyi.mungkin ralat ckit sbb x pakai helmet.Tapi kalau ada helmet pun,tgk cara kematian,mmg x ada yg boleh survive.....
masa yg berlaku tu sekelip mata,sambil menunggu arwah pulang,masa tersebut juga aunty merasa yakin dia balik ke ruma.aunty saz tertido ketika menanti kepulangan dia....

11:50pm
Aunty saz tba2 tersedar teros buka mata,mata teros terpandang 11:50

dia meninggal 11:50...aunty merasa yakin dia meninggal tersebut kerana jam ditangan mati ketika kejadian tersebut.HP dia pecah.Ada org bg SIM arwah dekat aunty...tapi smpai skrang beliau x prnh buka simkad tu kalau beliau buka,beliau mesti cerita apa yg berlaku.mesej apa yg ada,aunty saz x nk buka,sbb takowt aunty sedih" ank aunty dh x der....x de ape yg aunty boleh ganti"
masa unty terima berita xcident tu beliau menjerit sehingga 'lemah lutut' ,tp beliau masih waras,cuma papa arwah terlampau 'sedih'.Aunty x pergi tgk mayat dihospital sbb aunty takowt,takowt x kuat menerima pemergiannya...aunty cuma tunggu dimasjid u mandikan mayat.Masa tu la aunty nmpk dia terakhir.Dimasjid org terlalu ramai sehingga Pak Imam kata "arwah meninggal ni yg paling ramai dn x pernah di tgk"
dah rezeki arwah....semua saudara mara aunty dtg dari Selangor/KL sempat jumpa dia....auntu tidak merasa ralat sgt sbb x de siapa yg terkilan x tgk mayat arwah...

(F): kawan karib arwah~

walaupun saye x knal~....tp.....saya nk kenal ngan yasmin ni~











                   semoga arwah ditempatkan orang2 yg beriman.....insyaAllah~ AL-FATIHAH